Thursday, January 17, 2019

Pemberdayaan Wanita dari kisah al Quran dan kisah Sastera Melayu

Al Fadhil Prof Dato. Dr Siddiq Fadzil
Kediaman TPM, Sri Satria, Putrajaya
17 Januari 2019, 5:00 petang.

Pemberdayaan Wanita dari kisah al Quran dan kisah Sastera Melayu

Kehadiran ke Sri Satria ini menangkap beberapa makna.
Kata Sri dekat dengan kata cahaya. Ia kata yang sangat inspiring, misi mencerahkan bangsa.
Satria pula menggambarkan perwira gagah perkasa, prajurit.
Ia memberi makna pencerahan dan kegagahan.
Kita harus menjadi umat yang tercerah, enlightened, gagah perkasa yang mengalami people empowerment, pemberdayaan rakyat.

Menyorot kepada al Quran, Dzulqarnain ( ذو القرنين ) bermaksud penguasa yang menguasai timur dan barat. 
Suatu ketika dia masuk ke suatu kawasan perkampungan, bertemu suatu bangsa yang tak mampu berkomunikasi (Al-Kahfi, Q18:93). Dzulqarnain tak memahami apa yang dicakapkan oleh mereka dan juga sebaliknya. Rupanya mereka adalah mangsa keganasan Yakjuj dan Makjuj, mereka minta untuk didirikan tembok agar tidak lagi diserang oleh Yakjuj dan Makjuj.

Maka pemimpin harus menjadi seorang komunikator yang baik dan juga pendengar yang baik. Listening leadership, great communicator.

Mereka sanggup mengeluarkan pembayaran agar tembok dapat dibina (Q18:94). Dzulkarnain menjawab bahawa tidak perlu kerana apa yang Allah kurniakan kepadanya jauh lebih baik untuk membina tembok. Apa yg diperlukan ialah turut serta dengan kekuatan mereka (فأعينوني بقوة) (Q18:95). Di sini bermulanya pemberdayaan. Aku tak mahu duit ringgit kamu, (rakyat yang tidak tahu berkomunikasi tadi) tapi mahu kamu bantu aku. Ini bererti kaum ini tidak lemah, punya kekuatan yang perlu disedarkan dan diyakinkan. Kemudian berikan kemahiran (sains dan teknologi) (Q18:96). Kemahiran merupakan suatu yang perlu diberikan kepada rakyat selepas mereka diberi keyakinan bahawa mereka bangsa yang kuat.

Sama juga dengan apa yang dialami pada zaman Nabi Musa. Bani Israel dihijrahkan dari sistem dan budaya yang penuh perhambaan. Untuk membina jiwa merdeka, mereka harus keluar dari Mesir agar dibina semula keberanian dan kekuatan jiwa. 

Ia bermula pada perdebatan ahli sihir dengan Firaun. Ahli sihir bertanyakan apa ganjaran yang diperolehi jika menang berlawan dengan mukjizat nabi Musa. Firaun tidak menjanjikan harta dan wang ringgit tapi menjanjikan bahawa mereka akan menjadi orang yang dekat dengan Firaun (muqarrabin) sekiranya menang krpada Nabi Musa (Al-Ahzab, Q7:113&114).

Walaupun akhirnya kesemua ahli sihir itu beriman dengan Allah, namun kerana mereka telah lama tinggal dalam culture of fear, “submerged in the culture of silence”, kebanyakan Bani Israel tetap tidak mahu beriman, kecuali sedikit dari mereka. Tidak banyak yang mampu bersuara. Hanya diam di depan Firaun. Tidak mampu berkata-kata walaupun telah tahu kebenaran.
Maka kita kena belajar untuk mampu bersuara bila telah berjumpa dengan kebenaran. 

Isteri Firaun beriman dengan Allah dan nabi Musa walaupun berada dalam lubuk kekafiran yang paling parah. Kekuatannya ialah dia mampu mempertahankan kebenaran, berani bersikap berbeza dengan suami yang nyata kafir. Bagaimana Asiah ini berani mengambil pendirian ini sehingga dia disiksa, dijemur di tengah panas kerana kekal mempertahankan prinsip dan keyakinannya kepada kebenaran. 

Ketika pendera-pendera itu berehat, malaikat menutupinya, memberi kesejukan dan Allah menunjukkan rumahnya yang dibina di Jannah. Ayat binalah rumahku yang dekat dengan rahmatmu dalam surah at Tahrim menjadi petanda ganjaran kepada wanita yang berani mempertahankan kebenaran depan penzalim yakni suaminya

‎إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ ...
ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam firdaus, ... (At-Tahrim, QS-66:11).

Kekuatan Maryam, ibu kepada Nabi Isa juga merupakan contoh tauladan. Kekuatan Maryam mempertahankan kesucian dirinya di tengah masyarakat yang penuh dengan fitnah dan kekuatannya yang mampu memberikan hujah dan justifikasi tentang bagaimana dia boleh melahirkan Isa tanpa bapa. Ini kekuatan yang diberi langsung oleh Tuhan. 

Kisah dalam Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang mengungkapkan kisah Sultan Mahmud Syah yang diberdayakan oleh seorang wanita yang bijak, Puteri Gunung Ledang.

Pelbagai syarat dikenakan oleh puteri tersebut. Hantaran satu jambatan emas dan satu jambatan Perak dari Melaka ke Gunung Ledang. Selainnya ialah hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata satu tempayan dan semangkuk darah puteranya diminta oleh wanita sebijak Puteri Gunung Ledang. 

Semua permintaan Puteri itu ingin ditunaikan oleh Sultan yang zalim melainkan permintaan yang terakhir. Maka kita tahu bahawa semua perkara sanggup dikorbankan oleh seorang raja yang zalim namun tidak sanggup juka melibatkan waris dan ahli keluarga. 

Maka kita boleh ambil pengajaran siapa akhirnya yang mampu mengajar Sultan yang zalim saat itu. Mungkin ada mesej tertentu yang diberitakan oleh Tun Sri Lanang apabila kezaliman dalam sistem feudal ini hanya mampu dibuat oleh seorang wanita dan bukannya laksamana, gabenor dan pembesar negara yang rata-ratanya lelaki.

Kisah Khaulah Binti Tsa’labah tidak kurang hebatnya. Satu hari dia mengadu  perihal suaminya kepada Rasulullah secara berbisik. Aduan ini didengari oleh Allah dan dirakamkan dalam ayat 1 Surah Al-Mujadalah:

‎قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Di zaman Saidina Umar menjadi Khalifah, beliau sangat menghormati Khaulah, seorang wanita yang aduannya didengari oleh Allah.

Begitu juga dengan Khadijah isteri Rasulullah, di saat hampir ajalnya, Allah memerintahkan Jibril a.s. menyampaikan berita gembira kepada Khadijah dengan terbina syurga untuknya dioerbuat dari permata.

‎أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بشر خديجة رضي الله عنها ببيت في الجنة من قصبٍ لا صخب فيه ولا نصب . متفق عليه .
(Hadith Muttafaq ‘alaih)

TAMAT

Friday, January 11, 2019

A MESSAGE TO CHINA: UNITY IN DIVERSITY

WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH)

MEDIA STATEMENT

A MESSAGE TO CHINA: UNITY IN DIVERSITY

The Movement for an Informed Society Malaysia (WADAH) is troubled and alarmed concerning the plight of ethnic Uighur Muslims as reported worldwide. WADAH urges China and the international community to act to end the oppression and persecution of Uighur Muslims in Xinjiang.

The UN estimates 1 million ethnic Uighur Muslims are being held in detention arbitrarily in internment camps all over Xinjiang. China has admitted to the existence of these ethnic prison system but termed them as ‘re-education camps’. ‘Re-education camps’ are chilling because it reminds the world of the harsh ‘gulags’ and the cruel concentration camps of the past. Camps renown for enforcing thought control, collective punishments, torture and even death. Whole families are reported to disappear behind these detention centre walls.

It is grave and severe because the arrests involve wide swathes of the minority ethnic Muslims. The personal beliefs, culture, language, rituals and even appearances of Uighurs are being targeted and used as flimsy grounds for detention in such camps. Daily prayers, growing beards, dressing and even fasting in the month of Ramadan have been astonishingly criminalized by Chinese authorities.

These are the dreadful forms of mistreatment and persecution of minority citizens in China at present.

China need not be in a state of enmity and confrontation with its minorities, Muslims and even the religion of Islam. China has a rich cultural history, a strong and stable government, and is a world economic power. It can celebrate diversity and inclusiveness of its vast population. Muslims and Islam have existed in China throughout its history and even during challenging and turbulent times. China has to come to terms with its own minority citizens by tolerating and respecting their religion, culture and languages while always safeguarding the foundations of the nation, preserving loyalty to the country, upholding the national language and acquiescing to central administration. It can reconcile to live together peacefully  with mutual trust by observing and adopting strength through diversity within the framework of national unity.

Unity in diversity is workable and Malaysia is a fine example.

WADAH would like to urge China to take the path of peace, engagement, dialogue, reconciliation, mutual respect and building mutual trust with its religious minorities so as to be an example to the world  for sustaining a great and prosperous country together. This path will definitely boost and greatly complement China’s ambitious world economic initiative.

AHMAD AZAM ABD RAHMAN
President
The Movement for an Informed Society Malaysia (WADAH)

12 January 2019