Saturday, October 13, 2018

Anak Muda dan Ombak Perjuangan

Anak Muda dan Ombak Perjuangan

Anak muda bukan kepalang
Anak muda bukan sebarang
Langkahnya bukan tempang
Menyusur lembah walau banyak kekotoran
Anak muda menyinsing waktu mengenal
Erti sebuah episod kehidupan
Kadangkala tersungkur kadangkala tertiarap
Namun bangkit dengan semanta tega
Meniti erti sinar perjuangan
Kerna anak muda tidak kenal erti sakit

Dulu mungkin kau dihina
Apalah anak muda
Sosoknya kecil jiwanya kerdil
Mana ilmunya
Mana pengalamannya mana wajahnya
Perjalananmu meniti perjuangan
Tidak pernah kenal erti hina dina
Anak muda bisa gigih mengharung kilat sabung menyabung
Malah tidak reti duduk diam

Dulu mungkin kau dihina
Dulu mungkin kau dicuriga
Dulu mungkin kau entah apa-apa
Namun anak muda tidak harus gentar
Tohmah dan nesta adalah lumrah
Biar disimbah peluh berwarna
Anak muda tidak bisa tersungkur kali ke-2
Jatuh bukan erti tidak bangun
Jatuh bukan erti padam
Jatuh untuk menajam semangat
Bangkit dengan perubahan

Anak muda reformasi
Pak Sukarno pernah berkata
"Beri aku 10 anak muda 
Akan aku goncang dunia"
Nah keyakinan mengatasi penghinaan
Perjuangan Muhammad juga kerana anak muda
Perjuanan Muhammad kelilingnya anak muda
Gigih pertahan maruah agama
Sanggup tidur dikatil nabi kerana Tuhannya
Keliling pertahan Nabi jangan dihina
Kita tagih semangat 
Mana anak muda seperti mereka
Mana anak muda spt Saidina Ali
Mana anak muda apt muaz bin jabal
Mana anak muda spt mus'ab ibn umair
Mana generasi ashabul kahfi zaman moden
Kita tandus insan muda
Kita hanya hanyut wassap, fb twitter
Bercakap demi untuk fitnah dan cerca
Kita cuma baca dan gembira sejarah
Namun sejarah kita dimana

Anak muda masa depanmu cerah disana
Mari kita bersih langkah
Mari kita bina semangat
Kita lakar kembali sejarah
Jangan masa menentukannya
Jangan biar keadaan yang merobek maruah
Jangan biar teknologi memimpin kita
Kitalah harus memimpin bukan dipimpin
Demi masa depan negara
Demi Islam yang kita cinta
Demi maruah bangsa yang kita pertahankan
Demi negara Malaysia 
Demi kasih keran tuhannya

Mari kita lakar negara yang dicinta
Demi Malaysia Baharu


Ustaz Hasri bin Harun
Naib Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
&
Mantan Timbalan Presiden
PKPIM sesi 1999/2000


*Dideklamasikan dalam Majlis makan malam sempena Muktamar Agung Tahunan PKPIM di UIAM pada13 Oktober 2018.

No comments:

Post a Comment