Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. Prof. Dato' Dr Siddiq bin Fadzil, Ketua Majlis Istisyari Wadah (MIW), sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula 1hb Oktober 2018.
Pelantikan ini adalah suatu pengiktirafan kepada sumbangan beliau dalam dunia akademik dan intelektual sepanjang lebih 30 tahun serta penglibatan berterusan dalam dakwah dan sumbangan dalam masyarakat.
Wadah juga yakin dengan pengalaman luas beliau dalam memimpin dan mengemudi amanah selaku Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang ketiga sejak 1983-1991 dan presiden pertama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) 2005-2015 akan dapat membawa USIM terus cemerlang dan gemilang dalam dunia akademik diperingkat antarabangsa.
Sebagai seorang tokoh prolifik yang disegani dalam masyarakat, Dato Dr Siddiq bukan sahaja seorang ahli akademik berpengalaman malah beliau seorang yang cukup berwibawa dalam mengupas gagasan Manhaj Malizie, Maqasid Syariah dan Islam Rahmatan Lil Alamin serta idea bernas dalam mengupas isu-isu Islam dan Politik negara. Atas usaha dan jasa inilah beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1440/2018 .
Semoga pengiktirafan ini menginspirasikan seluruh warga universiti dan para cendekiawan dan seluruh umat Islam dan Wadah yakin beliau mampu membawa USIM menjadi Universiti terunggul ke peringkat antarabangsa.
Ab Halim Ismail
Timbalan Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah).
31 Oktober 2018
www.wadah.org.my
No comments:
Post a Comment