Saturday, October 13, 2018

Catatan Presiden WADAH atas Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Alhamdulillah berkat kesabaran dan istiqamah dalam perjuangan, maka bermulalah suatu era baru bagi mewajahkan Islam rahmat buat semua.

Bagi yang yakin, bantulah beliau agar perjuangannya tercapai, visi dan misi beliau menjadi kenyataan.

Bagi yang sinis, bagilah peluang untuk beliau membuktikan cita-cita beliau. Mendoakan lebih baik.

Bagi yang benci, atas alasan apa sekalipun, sudah-sudah la tu. 20 tahun beliau dianiaya, dinista, difitnah, dikhianati, dipenjara, dicerca. Husnu zhon kan lebih baik dari terus dendam kesumat. Banyakkan istighfar. Fikir yang baik-baik saja.

Bagi yang kalah, ini kan adat dalam Pilihanraya.

Bagi yang ‘play safe’, yang takut dalam segala ketakutan, janganlah mati sebelum mati. Jadilah manusia yang punya harga diri, punya prinsip perjuangan yang datang dengannya segala risiko tak menentu.

Bagi aku, menyokong mana yang baik, menentang mana yang mungkar.

Ada kalanya aku bersama pemerintah, ada kalanya aku menentang.

Aku pernah dipenjara kerananya walau seketika cuma.

Aku pernah mencuba mendamaikan Mahathir dan Fadzil.

Begitu hidup Sang Dai’e yang tidak mengharapkan apa, kecuali redha-Nya cuma.

Mengenali Anwar sejak aku menjadi ahli ABIM, 40 tahun dahulu, aku akan menyokongnya. Tetapi bukan semborono dan membuta-tuli.

Selamat berjuang kepada semua.

Malaysia Baharu di tangan kita. Kita yang mencorakkannya.

Pilihan di tangan kita. Mahu maju atau mundur?

Ahmad Azam Ab. Rahman
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
14.10.2018

No comments:

Post a Comment